Search

“Mana you nak pergi?”
“Kita akan bercakap bil...

  • Share this:

“Mana you nak pergi?”
“Kita akan bercakap bila awak dah tenang!”
“Tenang? Tenang?!!! Boleh ke I tenang kalau I jumpa dengan perempuan no... No bukan perempuan... Tapi, betina yang merosakkan rumahtangga I!”
Perempuan tu menggila.
Terjerit-jerit macam orang gila.
Dan...
Takkanlah aku nak tunggu lagi?
“Lily keluar cepat-cepat tinggalkan dia.”
“Dah tu, macam mana dia boleh accident?”
“Kebetulan masa Lily nak seberang jalan, lampu dah kuning. Lily lari cepat-cepat. Mana nak tau, dia kejar Lily dari belakang. Lampu bertukar merah dan dia tak sempat nak seberang. Ada kereta datang dari arah tepi tak perasan yang dia sedang melintas dan... Bang!!!”
Terus aku...
Trauma.
“Qhalif salahkan Lily sebab Lily... Bini dia accident dan cedera parah.”
“Sepatutnya dia salahkan diri sendiri. Dah kantoi... Lepas tu nak salahkan orang lain. Kalau dia tak curang dan setia pada bini dia tu... Bini dia tak adalah nak cari Lily!”
“Alah... Mana ada lelaki curang yang akan salahkan diri sendiri, Kak Rose!”
“Dah tu, kenapa Lily nak salahkan diri sendiri pula? Bukan Lily salah pun! Lily tak tahu pun kan yang Qhalif tu dah kahwin.”
“Lily sepatutnya tahu. Qhalif dah pun tunjuk yang dia memang something. Tapi tak... Lily yang tak ambil peduli semua simptom tu. Curang tu memang satu penyakit berjangkit. Ah, Lily dah kena badi ke... Macam mummy? Mummy pun cakap yang dia tak tahu ayah dah kahwin... Sampai dah beranak dua baru dia sedar. Itupun, kalau ayah tak masuk hospital... Mummy mesti tak tahu.”
“Sekurang-kurangnya, Lily tak kena tipu sampai dah beranak dua...”
“Hesy, Kak Rose!”

#JodohTersalahAlamat


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts